Tuesday 17 March 2015

Telur Dadar Tuna - Versi Diet

Bahan2 nya :

 2 biji telur ayam

Tuna in Water agak2 jak

Garam


Cara masak:

Campurkan telur, tuna dan garam, kacau hingga sebati.

Masak dan hidang.. Adalah bekal2 p kerja...

Monday 16 March 2015

Diet - Atkins Diet

Assalamualaikum...

Dimulakan cerita pasal atkins diet ni.. Sebenarnya mula2 nak cari entri berkaitan diet, sebab xtahan org asyik cakap 'Aina kenapa gemuk'? 'Aina, kau mana muat saiz M, kau saiz XL'. ;Dress ni buat kau nampak mcm preggy la'... Aduuh smuanya menyakitkan telinga..huhu.. So, aku pun carilah entri berkaitan diet, dn trjumpalah Atkins Diet ni,. Diet Atkins ni bagi aku amatlah mudah diikuti tetapi memerlukan disiplin yg ketat.. Diet Atkins ni sebenarnya mempunyai 4 fasa,iaitu
Peringkat 1: Induction
Peringkat 2: Ongoing Weight Loss
Peringkat 3: Pre-maintenance
Peringkat 4: Lifetime Maintenance
Klu nak tahu lebih lanjut tntg diet Atskin ni boleh pegi page Profhariz dan Bicikut Diet, dua entri blog ni akan banyak membantu kita memahami Atkins Diet.

Sebenarnya, hari ni hari pertama aku diet atkins ni.. Memandangkan hari ni hari pertama aku, sangat sukar utk dilalui, sebab kawan2 usik aku, tunang sndiri pun usik aku.. Kata xyahlah diet,makanlah nasi..'mau jgak diet'..'dietmu tu salah'.. Taukah dorng bahawa hati aku sangat sakit bila dorang cakap aku ni Budak Gemuk.. Hampeh... Skg ni pun, dorng jalan p beli aiskrim, betul2 menggugat keimanan di dada..hahaha

BTW, menu sempena hari pertama aku diet ni, adalah :

Sarapan pagi aku Telur rebus separuh masak..

Makan tengah hari plak : Telur dadar dan ayam goreng

Makan malam nanti : Sup ayam bayam ....

Lepas ni aku akan update banyak lagi tentang diet dan resepi menu diet aku.. Memandangkan aku ni memang suka makan, so aku kenalah buat research banyak tentang menu makanan diet .. Wish me godd luck..


Sunday 15 March 2015

Kawan jadilah sahabat seperti yg diingini....

Assalamualaikum.....

Dunia 2015 susah mau cari sahabat, paling senang mau cari kawan.. Mcm yg aku lalui sekarang ni, aku ramai kawan, tp sahabat punya sikit.. Kawanku ada macam2 jenis, ada yg menyakitkan hati,ada yg lupa daratan, paling teruk ada yg mcm biskut,kejap dia ada kejap dia xada,. Kesiannya, dpt kawan mcm ni.. Aku pun heranlah manusia skg ni, bila sdh senang mula la lupa kita,lupa yg kita ni pernah tolong dia waktu dia susah sejak bangku sekolah hinggalah sekarang ni, kawan x pernah berubah..

Ada lagi satu jenis kawan, klu boleh mau dia jak semuanya.. xmau kalah.. bila dah kalah mulalah xmau tegur, anggap kita ni macam tunggul kayu.. Heran bin Ajaib.. Aku ni bukannya susah pun, klu mau yg baik2 tu ambiklah, aku x kisah pun, tapi jgnlah sampai aku ni dilayan mcm robot, tiada hati dn perasaan... tahap sabar manusia ada batasnya..jadi beringatlah, jadi kawan yg baik dan setia..

Ni lagi satu jenis kawan, ni yg paling dasyat aku pernah jumpa.. Masa mula2 kenal , baik bagai nak rak.. pijak semut pun x mati.. Last2, rupanya talam dua muka.. Depan aku cakap lain, belakang aku cakap lain.. Sebabkn mulut dia ni la, aku sampai skg ni xdisukai olh kuarga belah tunang aku..hampeh...

Mcm2 jenis kawan yg kita selalu ada, dan sahabat hanya 1 dalam 100 org kawan.. Berhati2 dengan kawan.. jgn jd mcm aku ni, manusia traniaya olh kawan...

Nasi Halia dan Ikan Masak Merah versi Aina

Bahan2 nya :

1kg Ikan ( Apa2 jenis ikan pun boleh )

*10 @ 12 tangkai cili kering ( Guna Cili Boh pn boleh ) ( Rebus selama 10 @  15 minit )

*Belacan

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 sudu besar minyak masak

Kayu manis dan bunga cengkih

Garam, Gula dan perasa secukup rasa

1. Bersihkan ikan, dan goreng.
2. Blend cili kering yg telah direbus dan dibersihkan, bersam belacan.. Blend hingga halus.
3. Tumbuk bwang merah dan bawang putih hingga lumat.
4. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih, goreng hingga kekuningan.
5. Masukkan cili yg telah di blend, dan masak hingga pecah minyak.
6. kemudian, masukkan garam,serbuk perasa dan gula ikut citarasa.
7. last sekali masukkan ikan dan bawang besar utk hiasan.


Bahan untuk nasi halia :

3 cawan beras
2 inci halia

cara masak :

Kupas halia, dan potong halus

Campurkan halia dalam beras,dan masak..


p/s gambar dh hilang.. lain kali saya masak saya upload ek...